Monday 12 December 2011

Aktiviti memanaskan badan (warming up)




Aktiviti kemahiran menendang

Menendang leret
1. Tendangan bola dengan menggunakan bahagian kekura kaki.
2. Tendang di tengah-tengah belakang bola.

Menendang tinggi
1. Menendang bola dengan bahagian kekura kaki.
2. Menendang bola dengan menggunakan di bahagian bawah kaki.

Tendangan volley
1. Menendang bola yang masih di udara.

p/s : Pastikan ada ansur maju.

Menahan Bola

Menahan bola menggunakan kaki.
1. Menahan bola dengan bahagian dalam kaki.
2. Pastikan kaki diangkat sedikit.

Menahan bola menggunakan dada.
1. Condongkan sedikit badan ke belakang apabila menahan bola.

Menahan bola dengan menggunakan paha.
1. Angkat paha ketika menahan bola

Permainan kecil menendang leret

Permainan kecil 1
Organisasi
• Grid 20 m x 30 m
• 14 pemain (5 vs 5 + 4 N)
• N (pemain berkecuali)
Aktiviti :
a. Pemain X akan membuat hantaran leret
pada rakan sepasukan atau pemain N
secara tolak dan tahan.
b. Pasukan yang dapat mencapai 10
hantaran berterusan akan diberi 1 mata.
c. Pihak lawan akan cuba merebut bola
yang dimainkan dan melakukan aktiviti
yang sama.
d. Aktiviti ini dilakukan selama 10 minit dan
3 minit rehat dalam 3 set.

Permainan Kecil 2

Organisasi
• Grid 20 m x 30 m
• 12 pemain (6 vs 6)
• 1 bola
• 4 kon
Aktiviti :
a. Pemain X akan membuat hantaran leret
pada rakan sepasukan secara tolak dan
tahan.
b. Pasukan yang dapat mencapai 10
hantaran berterusan akan di beri 1 mata.
c. Pihak lawan akan cuba merebut bola
yang dimainkan dan melakukan aktiviti
yang sama.
d. Aktiviti ini dilakukan selama 8 minit dan
2 minit rehat dalam 3 set.

Permainan kecil menendang tinggi

Permainan kecil 
Organisasi
• Grid 30 m x 40 m
• 14 pemain (7 vs 7)
• 1 bola
• 4 kon
• Bip 2 warna
Aktiviti :
a. Pemain akan membuat hantaran jauh
(tinggi) pada rakan sepasukan.
b. Pasukan yang dapat mencapai 3
hantaran berterusan akan di beri 1
mata.
c. Pihak lawan akan cuba merebut bola
yang dimainkan dan melakukan aktiviti
yang sama.